BeRMuLaNya SeBuAH KiSaH

Tetaplah Tersenyum Walau SeBerat Mana Dugaan Menimpa Diri Mu..

Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us

Smile Before Read =)


ANDA SUKA BLOG INI? ....................................................  Orang Tengah Sesat Dalam Blog Nie ...........................................
Saturday, February 26, 2011

Fesyen Islam Kini Langgar Larangan Alllah

Posted by WanDin
Views
Views

Di riwayatkan oleh Imam Muslim, bahawasanya Rasullullah SAW Bersabda "Dua jenis manusia yang akan menjadi ahli neraka, yang aku tidak sempat melihat mereka, ( Kerana tidak ada pada zaman aku ). Yang pertama ialah kaum yang memegang alat sebatan seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia ( supaya melakukan kezaliman ) 

" Golongan kedua  ialah kalangan perempuan berpakaian tetapi bertelanjang ( pakaian yang menggoda, pakaian yang nipis, pakaian yang ketat, di atas kepala mereka di hias )".Rambutnya laksana bonggol unta. Mereka tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat mencium baunya pun, walaupun sesungguhnya bau syurga dapat di hidu dari jarak jauh.

Umum mengetahui, dalam dunia hari ini, rata-rata sibuk memajukan diri dalam mengejar arus kemodenan yang bukan saja membabitkan bidang teknologi, malah turut memberi kesan kepada corak pemikiran, pemahaman, pemakaian, agama dan budaya.Bagaimanapun, dalam mengejar angin perubahan ini, ramai antara kita terlupa bahawasanya kita banyak melanggar batasan yang ditetapkan Allah SWT. Ramai yang tidak menyedari fesyen pemakaian yang di ikuti bertentangan dengan konsep Islam yang menuntut supaya menjaga aurat.

Arus perubahan zaman ini menyaksikan wujud kelonggaran dan kelekaan dalam kehidupan kita, di mana ada di kalangan  suami dan ibu bapa membenarkan atau membiarkan anak dan ahli keluarga mereka mendedahkan aurat. Paling mengaibkan, perubahan fesyen masa kini menjadi ramai menutup aurat secara menipu. Jadi bagaimana pula ramai yang menutup aurat tetapi sebenarnya menipu ? 

Keadaan ini boleh di lihat apabila ramai memakai pakaian yang menutup aurat keseluruhan tubuh mereka tetapi dalam masa sama, pakaian berkenaan dalam keadaan ketat hingga menampakkan pula bentuk susuk tubuh mereka. Selain itu, ada pula yang hanya menutup aurat pada waktu tertentu seperti pada hari jumaat dengan alasan menghormati hari berkenaan, sedangkan hari lainnya mereka memakai pakaian yang mendedahkan aurat mereka.

Firman Allah SWT, bahawasanya, " Wahai orang-orang yang beriman!! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka, umpan dan bahan bakar api neraka itu terdiri daripada manusia dan batu ( berhala ), neraka itu di jaga dan di kawal oleh malaikat keras dan kasar layanannya, mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala apa yang di perintahkan kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang di perintahkan." ( At.Tahrim,6 )

Berdasarkan ayat ini, jelas hamba Allah SWT mewajibkan setiap hamba-Nya menjaga diri serta keluarga supaya tidak melanggar larangan-Nya selain tidak tergelincir daripada batas sempadan antara kebaikan dan kejahatan. Umat Islam di seru supaya tidak terjebak dalam perkara mungkar yang akhirnya membinasakan diri sendiri.

Firman Allah SWT " Jika kamu berbuat kebaikan, maka faedah kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk untuk diri kamu, dan jika kamu berbuat kejahatan, maka kesan buruknya berbalik kepada diri kamu juga." ( Al-Isra, 7)

Jadi, marilah kita sama-sama meneguhkan sifat-sifat takutkan azab Allah SWT dalam perkara ini kerana setiap perkara yang kita lakukan, walauppun sekecil zarah sekalipun, pasti akan di azab oleh Allah di akhirat kelak.Walaupun kita ingin kan kemajuan serta kemewahan dalam hidup, ingatllah aurat tetap di utamakan. Tidak salah untuk kita mengikuti perkembangan terbaru dunia moden ini, tetapi ikut lah trend yang betul. Jangan lah kita ikutkan cara-cara orang barat yang lebih menonjolkan diri semata-mata untuk menarik perhatian orang lain eterusnya membangkitkan nafsu mereka. Sama-sama lah kita berubah..

















Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Ada Di Sini..Terima Kasih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...